Blogger Widgets Blogspot Tutorial
RSS

Aku Sebuah Beg Tangan


KARANGAN AUTOBIOGRAFI
                                Aku Sebuah Beg Tangan
                                                                  

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Aku diperbuat daripada kulit. Pada badan ku terdapat sepasang tangan yang bulat dan panjang. Perutku dapat memuatkan pelbagai khazanah yang berguna kepada manusia.
Aku telah dimasukkan ke dalam kotak yang besar bersama-sama dengan rakanku yang lain. Aku berasa takut kerana suasana yang gelap di dalam kotak itu. Kemudiannya, aku dimuatkan ke dalam sebuah lori. Perasaan bimbang terus menyelubungi diriku kerana aku tidak tahu arah aku akan dibawa. Jarak perjalanan yang kulalui amat jauh. Khabarnya , aku akan dibawa berhijrah ke selatan semenanjung Malaysia.

Perjalanan yang aku lalui sungguh meletihkan. Akhirnya aku sampai di destinasi yang dituju. Aku telah diangkut dari badan lori ke sebuah tempat yang masih tidak aku ketahui. Setelah dikeluarkan dari kotak, barulah aku tahu bahawa aku sebenarnya di tempatkan di sebuah pasar raya. Kemudian aku disusun di dalam sebuah almari kaca bersama-sama dengan rakan-rakanku. Aku berasa amat bangga kerana setiap hari aku dipertontonkan kepada orang ramai. Aku sering mendengar pujian tentang kecantikanku.

Pada suatu hari, datang seorang wanita muda membelek-belekku. Wanita ini terpaut cinta pandang pertama tehadapku. Aku telah dibawanya ke kaunter pembayaran. Aku kini mempunyai seorang tuan yang baharu. Lima hari dalam seminggu, aku akan dibawa ke tempat kerjanya. Dia memasukkan beberapa batang pen dakwat merah, pena penanda, telefon bimbit dan tisu ke dalam perutku. Kadang-kadang aku dibawa bersiar-siar. Aku berasa gembira kerana tuan aku seorang yang bertimbang rasa. Aku dijaganya dengan baik dan penuh kasih sayang.

Pada suatu petang, ketika aku dibawa oleh tuan aku ke sebuah gedung beli-belah, tiba-tiba seorang pemuda telah merentap aku dari galasan tuan aku, dari arah belakang. Rentapan yang kuat itu menyebabkan tanganku putus. Aku kemudiannya telah dilarikan. Setibanya di suatu tempat sunyi, isi perutku telah ditaburkan. Aku dicampakkan ke dalam semak samun.

Sejak hari itu, aku dibiarkan di dalam semak samun. Kini aku tidak bertuan, aku tinggal sebatang kara. Hanya panas, hujan dan air mata menjadi teman setia aku. Aku tidak mampu lagi memikirkan nasibku. Tinggallah aku sendirian menghitung waktu. Nasibku ibarat " untung sabut timbul, untung batu tenggelam".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Senaskah Akhbar



KARANGAN AUTOBIOGRAFI

                                            Aku Senaskhah Akhbar

                                                   


Aku dilahirkan pada waktu malam tanggal 21 April 2010. Suasana bising bunyi mesin cetakan akhbar mengiringi kelahiranku pada malam itu. Aku seperti adik-beradik ku yang lain, telah diberi nama Berita Harian. Syarikat penerbitan akhbar tempat ku lahir merupakan sebuah syarikat akhbar yang tersohor di tanah airku. Hidup sebagai senaskhah akhbar, aku telah dimuatkan dengan pelbagai berita terkini dan juga maklumat berguna yang dinanti-nantikan oleh para pembaca kami yang setia.

Menjelang tengah malam. Aku dan rakan-rakanku telah dibawa menaiki sebuah lori. Destinasi yang dituju ialah Bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandar yang kira-kira 52 kilometer daripada tempat lahirku. Perjalanan yang tidak memakan masa yang lama, hanya dua jam ke ibu negara membuatkan kami tidak sabar untuk turun ke tempat baru. Akhirnya, sebaik sahaja sampai kami telah diturunkan dari lori untuk diagih-agihkan kepada para penjual akhbar yang telah bersedia dengan kenderaan masing-masing.

Aku telah dibawa oleh seorang penjual surat khabar menaiki kenderaannya dan tidak lama kemudian, aku sampai di sebuah stesen minyak. Aku telah ditempatkan bersama-sama dengan kawan-kawanku di rak akhbar. Kami diletakkan di situ agar mudah dilihat oleh pembeli dan seterusnya dicapai mereka. Pada jam 7.00 pagi, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang mengisi minyak keretanya di stesen minyak tersebut. Kemudian, aku dibawanya ke pejabat lalu ditatapnya dengan penuh minat. Menjelang petang, aku telah dikeleknya untuk dibawa pulang ke rumah lalu dibaca oleh ahli keluarganya. Aku berasa bangga dapat memberi khidmat kepada pembacaku.

Menjelang tengah malam, seluruh badanku telah menjadi lembik kerana bertukar dari satu tangan ke tangan yang lain. Aku tidak lagi bertenaga seperti keadaanku pada waktu pagi tadi. Akhirnya, setelah seluruh isi badanku habis dibaca, aku pun diletakkan di atas meja. Tidak lama kemudian, ibu pemuda itu telah mengambil ku lantas menempatkanku di dalam setor bersama barang-barang lain yang tidak digunakan lagi. Aku berasa diriku tidak berguna lagi, ibarat kata pepatah, “ Habis madu sepah dibuang”.

Selepas beberapa minggu aku menghuni setor yang gelap dan berhabuk itu, aku pun dikeluarkan. Rupa-rupanya, seorang pembeli akhbar lama datang untuk membeli akhbar sepertiku. Aku telah dilonggokkan bersama akhbar yang lain dan ditimbang untuk dijual. Akhirnya, aku telah dilemparkan bersama-sama dengan kertas terpakai ke dalam lori untuk dihantar ke pusat kitar semula. Begitulah riwayat hidupku sebagai senaskhah akhbar.
                                                            

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelana dan Ikan


PEMAHAMAN 2

Baca petikan dibawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 


Kelana dan Ikan

Kelana hidup susah. Tetapi Kelana ringan tulang. Dia rajin bekerja dan gigih berusaha. Kerjanya mencari kayu api dan menjala ikan.

          Hari ini Kelana menjala ikan seperti biasa. Tetapi tidak ada seekor ikan yang diperolehnya. Namun begitu, dia bersabar. Akhirnya dia mendapat seekor anak ikan.

          “Kecil pun kecillah. Mungkin inilah rezeki aku,” kata Kelana sendirian.

          “Tolong lepaskan hamba! Hamba masih kecil lagi. Tunggulah sampai hamba dewasa,” rayu anak ikan itu.

          “ Eh, ikan ini boleh bercakap! Baiklah aku lepaskan kamu. Aku pun kasihan akan kamu.” Kata Kelana.

          Suatu hari Kelana menjala ikan seperti biasa. Tiba-tiba seekor ikan yang agak besar melekat pada jalanya.

“Hamba datang ini untuk menunaikan janji. Belahlah perut hamba dan salailah hamba. Nanti tuan hamba menjadi perkasa,” kata ikan itu.

          “Menunaikan janji?” Kelana berfikir sejenak. Kemudian dia tersenyum.

          “ Tidak, aku tidak akan menyalai kamu. Kamu jujur dan sanggup bergadai nyawa untuk menunaikan janji,’ kata Kelana.

          “ Tetapi tuan hamba amat baik hati. Jasa tuan hamba harus hamba balas. Mungkin ada cara lain yang dapat hamba lakukan untuk membantu tuan hamba. Katakanlah,” kata ikan itu.

          “ Baiklah, suruh ikan-ikan lain berkumpul di suatu tempat agar jala yang akan kutebar ini mengena,” kata Kelana.

          Kelana pun menebarkan jalanya ke sungai itu. Hari ini Kelana berasa gembira memperoleh pelbagai jenis ikan.



  1.  Apakah pekerjaan yang dilakukan oleh Kelana untuk menyara hidupnya
    
A.  bercucuk tanam
B.    menternak ikan
C.  menjala ikan
D.   menoreh getah


     2.    Mengapakah Kelana melepaskan anak ikan itu?
A.  kerana dia berasa kasihan akan anak ikan itu.
B.    kerana anak ikan itu akan memberinya harta.
C.  kerana dia tidak boleh makan anak ikan itu.
D.   kerana anak ikan itu bersaiz kecil.


     3.    Apakah janji anak ikan itu kepada Kelana?
A.  untuk membesar dengan cepat
B.    untuk memperhambakan dirinya kepada Kelana
C.  untuk dating semula dan ditangkap oleh Kelana
D.   untuk membiarkan anak-anak ikan lain dimakan oleh Kelana..


    4.    Kelana berasa sangat gembira pada hari itu kerana…
A.  anak ikan itu memberinya banyak ikan.
B.    dia memperoleh ikan yang pelbagai jenis.
C.  dia menjadi gagah perkasa selepas makan ikan itu.
D.   dia sudah menjadi kaya-raya.


    5.    Rangkai kata bergadai nyawa dalam petikan bermaksud ….
A.  melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah.
B.    meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang membawa maut.
C.  membiarkan dirinya dalam keadaan yang tidak dapat diselamatkan.
D.   menganggap dirinya tidak bernyawa lagi.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Catatan Si Penjual Murtabak


PEMAHAMAN 1



Baca petikan dibawah ini dengan teliti.

Catatan Si Penjual Murtabak




28 Jun 2012

4.00 petang

Aku tiba di tapak pasar malam Taman Sri Rembau. Ketika itu, cuaca agak mendung. Aku segera mendirikan payung dan memasang meja. Zarul, rakan kongsi perniagaanku pula memasang kain rentang yang bertulis “Murtabak Warisan, Resepi Asli Menambat Selera”.
Aku mula menjalankan tugasku menebar murtabak ayam dan daging. Kuahnya pula ialah kari ayam dan kuah bawang merah. Dengan harga RM2.00 sekeping, murtabak kami sering menjadi pilihan pengunjung. Kadang-kadang, belum pun sempat murtabak kami siap, sudah ada pelanggan yang beratur di hadapan gerai. Aku tidak pernah berat mulut melayan para pelanggan.

5.00 petang

Hujan turun mencurah-curah. Pengunjung pasar malam bertempiaran lari mencari tempat berteduh. Keadaan di geraiku penuh sesak dengan orang ramai yang mencari perlindungan. Walaupun perniagaanku agak terjejas, namun aku tidak menunjukkan sikap kurang manis terhadap mereka.

7.30 malam

Hujan telah reda. Perniagaan kami rancak semula. Aku dan Zarul tidak menang tangan melayan pelanggan. Lucu juga apabila melayan kerenah mereka yang pelbagai bangsa. Kira-kira jam 10.00 malam, kami mengemas segala peralatan lalu menyimpannya ke dalam van. Walaupun terasa penat tetapi kami puas hati.





Jawab soalan-soalan yang berikut.

1  1.    Penulis dan Zarul merupakan …….
A.  Peniaga pasar tani
B.    Peniaga pasar raya
C.  Peniaga pasar malam
D.   Peniaga pasar borong

2    2.     Mengapakah penulis dan Zarul tidak menang tangan?
A.  Hujan turun mencurah-curah
B.    Gerai mereka dikunjungi oleh banyak orang
C.  Pelanggan mereka kebanyakkannya warga asing
D.   Banyak pengunjung yang berteduh di gerai mereka

      3.    Bagaimanakah sikap penulis terhadap para pelanggannya?
A.  berat mulut
B.    bawa mulut
C.  ringan mulut
D.   perang mulut

      4.    Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A.  Penulis melayan pelanggannya dengan mesra.
B.    Pelanggan penulis terdiri daripada pelbagai bangsa.
C.  Murtabak penulis mendapat sambutan yang baik daripada pelanggannya.
D.   Penulis berniaga murtabak di Taman Sri Rembau setiap hari.

       5.    Rangkai kata sikap kurang manis dalam petikan bermaksud…
A.  amalan yang buruk
B.    tabiat yang tidak sihat
C.  perlakuan yang tidak baik
D.   percakapan yang kurang difahami

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nilai-nilai Budi Bahasa


Sila tonton rakaman dibawah dan nyatakan nilai-nilai budi bahasa yang perlu kita amalkan.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Semut dan Belalang


Sila tonton rakaman cerita dibawah dan nyatakan pengajaran yang daripada cerita tersebut.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam ke Zoo Negara


Baca. Kemudian eja dan sebut perkataan berwarna. Bina frasa lain dalam buku tulis.

ADAM KE ZOO NEGARA

Adam dan ibu bapanya melawat Zoo Negara. Ada berbagai-bagai jenis haiwan di zoo seperti harimau, buaya, gajah dan monyet.
 

Adam suka melihat gajah. Badan gajah besar. Telinga gajah pun besar macam kipas. Gajah ada belalai. Gajah mengambil makanan sperti daun dan batang temu dengan belalainya. Gajah memasukkan daun dan batang tebu itu ke dalam mulutnya. Gajah haiwan yang bijak dan kuat.

                                              


Ada dua ekor zirafah di zoo. Zirafah tinggi. Leher dan kakinya panjang. Badan zirafah bertompok-tompok coklat. Zirafah juga suka makan daun.

                                         

Monyet suka melompat dari satu dahan pokok. Adam memberi kacang kepada monyet. Monyet suka makan kacang.

                                       

Ada tiga ekor harimau di zoo itu. Harimau sangat garang. Badan harimau berbelang-belang. Gigi taringnya tajam. Harimau suka makan daging.


Ada beberapa ekor buaya di zoo. Dua ekor buaya sedang tidur. Seekor buaya besar sedang berenang di dalam air. Mulut buaya besar. Giginya tajam. Ekor buaya panjang.

                                                     

Pada hari tiu juga, Zoo Negara menyambut “Hari Orang Utan”. Zoo Negara meraikan dua ekor orang utan. Orang Utan itu, telah dijadikan anak angkat oleh sebuah bank.
Pelbagai acara diadakan. Antaranya termasuklah peraduan mewarna, pertunjukkan silap mata dan pertunjukan bakat kanak-kanak.

Pesta ini sungguh meriah. Banyak kanak-kanak yang mengambil bahagian. Adam memenangi  peraduan mewarna.

Adam merasa sangat gembira dan tidak melupakan kenangan melawat Zoo Negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Bernyanyi (Lagu Musim Buah-buahan)




Mari Bernyanyi

Sebut seni kata dan nyanyikan lagu ini. Senaraikan nama-nama buah-buahan yang terdapat dalam lagu. Kemudian carikan gambar buah-buahan yang tersenarai dan buatkan buku skrap.

Musim buah-buahan

Buah duku, buah nangka   
Buah manggis dan kelapa                                  
Sama saja jambu dan mangga
Hai, sedap manis pula!                                                                     

Pisang, langsat, buah rambai
Ciku, nanas dan rambutan
Lazat juga buah tembikai
Menambah zat di badan    
                                            
Rasa limau manis
Belimbing, cempedak dan durian
Harga tidak mahal
Dikedai atau dipinggir jalan

Sungguh enak, hai rasanya
Sungguh kaya khasiatnya
Kalau makan buah-buhan
Sihat seluruh badan                                                                

(Dipetik dan diubah suai daripada lagu “ Musim Buah-buahan’)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Kerja


LATIHAN KATA KERJA

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar dan kemudian bina ayat mudah.


Gambar 1



Gambar 2



Gambar 3



Gambar 4



Gambar 5



Gambar 6




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Adjektif


LATIHAN KATA ADJEKTIF

Jawab soalan dibawah berpandukan gambar yang diberikan.



     
1.    Perempuan yang __________ itu, kakak saya. 



     
  
2.    Buah limau ini rasanya ____________ . 
     






     
3.    Bunga ros ini berbau _____________ . 

     




   
     
4.    Abang sedang membaca buku yang  ___________ .

     



    
     5.    Pensel yang _____________  itu telah dibuang oleh Nina.

   
      6.    Kek hari jadi saya sangat  ______________ . 



     






7.     Singa itu sangat  ________________ .   


     
  

     

     8.    Buah mangga  muda ini _______________ . 

     



      


       9.    Kakak sangat _____________menyapu sampah. 

     




     
    10.    Cili yang berwarna  _____________  ini, tentu pedas.   


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS