Baca.
Kemudian eja dan sebut perkataan berwarna. Bina frasa lain dalam buku tulis.
ADAM
KE ZOO NEGARA
Adam dan ibu bapanya
melawat Zoo Negara. Ada berbagai-bagai jenis
haiwan di zoo seperti harimau, buaya, gajah dan monyet.
Adam suka melihat gajah. Badan gajah besar. Telinga gajah pun
besar macam kipas. Gajah ada belalai. Gajah mengambil makanan
sperti daun dan batang temu dengan belalainya. Gajah memasukkan
daun dan batang tebu itu ke dalam mulutnya. Gajah haiwan yang bijak dan
kuat.
Ada dua ekor
zirafah di zoo. Zirafah tinggi. Leher dan kakinya panjang. Badan zirafah
bertompok-tompok coklat. Zirafah juga suka makan daun.
Monyet suka melompat dari satu dahan pokok. Adam memberi kacang kepada monyet. Monyet suka makan
kacang.
Ada tiga ekor
harimau di zoo itu. Harimau sangat garang. Badan harimau berbelang-belang. Gigi
taringnya tajam. Harimau suka makan daging.
Ada beberapa ekor
buaya di zoo. Dua ekor buaya sedang tidur. Seekor buaya besar sedang berenang
di dalam air. Mulut buaya besar. Giginya tajam. Ekor buaya panjang.
Pada hari tiu juga,
Zoo Negara menyambut “Hari Orang Utan”. Zoo
Negara meraikan dua ekor orang utan. Orang Utan
itu, telah dijadikan anak angkat oleh sebuah bank.
Pelbagai acara
diadakan. Antaranya termasuklah peraduan mewarna,
pertunjukkan silap mata dan pertunjukan bakat kanak-kanak.
Pesta ini sungguh
meriah. Banyak kanak-kanak yang mengambil bahagian.
Adam memenangi peraduan mewarna.
Adam merasa sangat
gembira dan tidak melupakan kenangan melawat Zoo Negara.