Blogger Widgets Blogspot Tutorial
RSS

Kelana dan Ikan


PEMAHAMAN 2

Baca petikan dibawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 


Kelana dan Ikan

Kelana hidup susah. Tetapi Kelana ringan tulang. Dia rajin bekerja dan gigih berusaha. Kerjanya mencari kayu api dan menjala ikan.

          Hari ini Kelana menjala ikan seperti biasa. Tetapi tidak ada seekor ikan yang diperolehnya. Namun begitu, dia bersabar. Akhirnya dia mendapat seekor anak ikan.

          “Kecil pun kecillah. Mungkin inilah rezeki aku,” kata Kelana sendirian.

          “Tolong lepaskan hamba! Hamba masih kecil lagi. Tunggulah sampai hamba dewasa,” rayu anak ikan itu.

          “ Eh, ikan ini boleh bercakap! Baiklah aku lepaskan kamu. Aku pun kasihan akan kamu.” Kata Kelana.

          Suatu hari Kelana menjala ikan seperti biasa. Tiba-tiba seekor ikan yang agak besar melekat pada jalanya.

“Hamba datang ini untuk menunaikan janji. Belahlah perut hamba dan salailah hamba. Nanti tuan hamba menjadi perkasa,” kata ikan itu.

          “Menunaikan janji?” Kelana berfikir sejenak. Kemudian dia tersenyum.

          “ Tidak, aku tidak akan menyalai kamu. Kamu jujur dan sanggup bergadai nyawa untuk menunaikan janji,’ kata Kelana.

          “ Tetapi tuan hamba amat baik hati. Jasa tuan hamba harus hamba balas. Mungkin ada cara lain yang dapat hamba lakukan untuk membantu tuan hamba. Katakanlah,” kata ikan itu.

          “ Baiklah, suruh ikan-ikan lain berkumpul di suatu tempat agar jala yang akan kutebar ini mengena,” kata Kelana.

          Kelana pun menebarkan jalanya ke sungai itu. Hari ini Kelana berasa gembira memperoleh pelbagai jenis ikan.



  1.  Apakah pekerjaan yang dilakukan oleh Kelana untuk menyara hidupnya
    
A.  bercucuk tanam
B.    menternak ikan
C.  menjala ikan
D.   menoreh getah


     2.    Mengapakah Kelana melepaskan anak ikan itu?
A.  kerana dia berasa kasihan akan anak ikan itu.
B.    kerana anak ikan itu akan memberinya harta.
C.  kerana dia tidak boleh makan anak ikan itu.
D.   kerana anak ikan itu bersaiz kecil.


     3.    Apakah janji anak ikan itu kepada Kelana?
A.  untuk membesar dengan cepat
B.    untuk memperhambakan dirinya kepada Kelana
C.  untuk dating semula dan ditangkap oleh Kelana
D.   untuk membiarkan anak-anak ikan lain dimakan oleh Kelana..


    4.    Kelana berasa sangat gembira pada hari itu kerana…
A.  anak ikan itu memberinya banyak ikan.
B.    dia memperoleh ikan yang pelbagai jenis.
C.  dia menjadi gagah perkasa selepas makan ikan itu.
D.   dia sudah menjadi kaya-raya.


    5.    Rangkai kata bergadai nyawa dalam petikan bermaksud ….
A.  melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah.
B.    meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang membawa maut.
C.  membiarkan dirinya dalam keadaan yang tidak dapat diselamatkan.
D.   menganggap dirinya tidak bernyawa lagi.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS