Blogger Widgets Blogspot Tutorial
RSS

Aku Sebuah Beg Tangan


KARANGAN AUTOBIOGRAFI
                                Aku Sebuah Beg Tangan
                                                                  

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Aku diperbuat daripada kulit. Pada badan ku terdapat sepasang tangan yang bulat dan panjang. Perutku dapat memuatkan pelbagai khazanah yang berguna kepada manusia.
Aku telah dimasukkan ke dalam kotak yang besar bersama-sama dengan rakanku yang lain. Aku berasa takut kerana suasana yang gelap di dalam kotak itu. Kemudiannya, aku dimuatkan ke dalam sebuah lori. Perasaan bimbang terus menyelubungi diriku kerana aku tidak tahu arah aku akan dibawa. Jarak perjalanan yang kulalui amat jauh. Khabarnya , aku akan dibawa berhijrah ke selatan semenanjung Malaysia.

Perjalanan yang aku lalui sungguh meletihkan. Akhirnya aku sampai di destinasi yang dituju. Aku telah diangkut dari badan lori ke sebuah tempat yang masih tidak aku ketahui. Setelah dikeluarkan dari kotak, barulah aku tahu bahawa aku sebenarnya di tempatkan di sebuah pasar raya. Kemudian aku disusun di dalam sebuah almari kaca bersama-sama dengan rakan-rakanku. Aku berasa amat bangga kerana setiap hari aku dipertontonkan kepada orang ramai. Aku sering mendengar pujian tentang kecantikanku.

Pada suatu hari, datang seorang wanita muda membelek-belekku. Wanita ini terpaut cinta pandang pertama tehadapku. Aku telah dibawanya ke kaunter pembayaran. Aku kini mempunyai seorang tuan yang baharu. Lima hari dalam seminggu, aku akan dibawa ke tempat kerjanya. Dia memasukkan beberapa batang pen dakwat merah, pena penanda, telefon bimbit dan tisu ke dalam perutku. Kadang-kadang aku dibawa bersiar-siar. Aku berasa gembira kerana tuan aku seorang yang bertimbang rasa. Aku dijaganya dengan baik dan penuh kasih sayang.

Pada suatu petang, ketika aku dibawa oleh tuan aku ke sebuah gedung beli-belah, tiba-tiba seorang pemuda telah merentap aku dari galasan tuan aku, dari arah belakang. Rentapan yang kuat itu menyebabkan tanganku putus. Aku kemudiannya telah dilarikan. Setibanya di suatu tempat sunyi, isi perutku telah ditaburkan. Aku dicampakkan ke dalam semak samun.

Sejak hari itu, aku dibiarkan di dalam semak samun. Kini aku tidak bertuan, aku tinggal sebatang kara. Hanya panas, hujan dan air mata menjadi teman setia aku. Aku tidak mampu lagi memikirkan nasibku. Tinggallah aku sendirian menghitung waktu. Nasibku ibarat " untung sabut timbul, untung batu tenggelam".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

fara said...

cikgu boleh bagi rangka karangan ???

Post a Comment