KARANGAN AUTOBIOGRAFI
Aku
Senaskhah Akhbar
Aku dilahirkan pada
waktu malam tanggal 21 April 2010. Suasana bising bunyi mesin cetakan akhbar
mengiringi kelahiranku pada malam itu. Aku seperti adik-beradik ku yang lain,
telah diberi nama Berita Harian. Syarikat penerbitan akhbar tempat ku lahir
merupakan sebuah syarikat akhbar yang tersohor di tanah airku. Hidup sebagai
senaskhah akhbar, aku telah dimuatkan dengan pelbagai berita terkini dan juga
maklumat berguna yang dinanti-nantikan oleh para pembaca kami yang setia.
Menjelang tengah
malam. Aku dan rakan-rakanku telah dibawa menaiki sebuah lori. Destinasi yang
dituju ialah Bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandar yang kira-kira 52 kilometer
daripada tempat lahirku. Perjalanan yang tidak memakan masa yang lama, hanya
dua jam ke ibu negara membuatkan kami tidak sabar untuk turun ke tempat baru.
Akhirnya, sebaik sahaja sampai kami telah diturunkan dari lori untuk
diagih-agihkan kepada para penjual akhbar yang telah bersedia dengan kenderaan
masing-masing.
Aku telah dibawa oleh seorang penjual surat
khabar menaiki kenderaannya dan tidak lama kemudian, aku sampai di sebuah stesen
minyak. Aku telah ditempatkan bersama-sama dengan kawan-kawanku di rak akhbar.
Kami diletakkan di situ agar mudah dilihat oleh pembeli dan seterusnya dicapai
mereka. Pada jam 7.00 pagi, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang mengisi
minyak keretanya di stesen minyak tersebut. Kemudian, aku dibawanya ke pejabat
lalu ditatapnya dengan penuh minat. Menjelang petang, aku telah dikeleknya
untuk dibawa pulang ke rumah lalu dibaca oleh ahli keluarganya. Aku berasa
bangga dapat memberi khidmat kepada pembacaku.
Menjelang tengah malam, seluruh badanku telah
menjadi lembik kerana bertukar dari satu tangan ke tangan yang lain. Aku tidak
lagi bertenaga seperti keadaanku pada waktu pagi tadi. Akhirnya, setelah
seluruh isi badanku habis dibaca, aku pun diletakkan di atas meja. Tidak lama
kemudian, ibu pemuda itu telah mengambil ku lantas menempatkanku di dalam setor
bersama barang-barang lain yang tidak digunakan lagi. Aku berasa diriku tidak
berguna lagi, ibarat kata pepatah, “ Habis madu sepah dibuang”.
Selepas beberapa minggu aku menghuni setor yang
gelap dan berhabuk itu, aku pun dikeluarkan. Rupa-rupanya, seorang pembeli
akhbar lama datang untuk membeli akhbar sepertiku. Aku telah dilonggokkan
bersama akhbar yang lain dan ditimbang untuk dijual. Akhirnya, aku telah
dilemparkan bersama-sama dengan kertas terpakai ke dalam lori untuk dihantar ke
pusat kitar semula. Begitulah riwayat hidupku sebagai senaskhah akhbar.
7 comments:
karangan yang baik
Karangan yang baik untuk UPSR
Saya nak ada 6 perenggan
good
panjang sangat karangan niiiii
susah nak tulis dalam buku kerja
good
Cikgu sangat bijak dalam menulis karangan seperti ini. Terima kasih cikgu.
Post a Comment