PEMAHAMAN 2
Baca petikan dibawah ini, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.
Kelana dan Ikan
Kelana hidup susah. Tetapi Kelana
ringan tulang. Dia rajin bekerja dan gigih berusaha. Kerjanya mencari kayu api
dan menjala ikan.
Hari
ini Kelana menjala ikan seperti biasa. Tetapi tidak ada seekor ikan yang diperolehnya. Namun begitu, dia bersabar. Akhirnya dia
mendapat seekor anak ikan.
“Kecil
pun kecillah. Mungkin inilah rezeki aku,” kata Kelana sendirian.
“Tolong
lepaskan hamba! Hamba masih kecil lagi. Tunggulah sampai hamba dewasa,” rayu
anak ikan itu.
“
Eh, ikan ini boleh bercakap! Baiklah aku lepaskan kamu. Aku pun kasihan akan
kamu.” Kata Kelana.
Suatu
hari Kelana menjala ikan seperti biasa. Tiba-tiba seekor ikan yang agak besar
melekat pada jalanya.
“Hamba datang ini untuk menunaikan
janji. Belahlah perut hamba dan salailah hamba. Nanti tuan hamba menjadi
perkasa,” kata ikan itu.
“Menunaikan
janji?” Kelana berfikir sejenak. Kemudian dia tersenyum.
“
Tidak, aku tidak akan menyalai kamu. Kamu jujur dan sanggup bergadai nyawa untuk menunaikan janji,’
kata Kelana.
“
Tetapi tuan hamba amat baik hati. Jasa tuan hamba harus hamba balas. Mungkin
ada cara lain yang dapat hamba lakukan untuk membantu tuan hamba. Katakanlah,”
kata ikan itu.
“
Baiklah, suruh ikan-ikan lain berkumpul di suatu tempat agar jala yang akan
kutebar ini mengena,” kata Kelana.
Kelana
pun menebarkan jalanya ke sungai itu. Hari ini Kelana berasa gembira memperoleh
pelbagai jenis ikan.
1. Apakah pekerjaan
yang dilakukan oleh Kelana untuk menyara hidupnya?
A. bercucuk
tanam
B.
menternak ikan
C. menjala
ikan
D.
menoreh getah
2.
Mengapakah Kelana
melepaskan anak ikan itu?
A. kerana
dia berasa kasihan akan anak ikan itu.
B.
kerana anak ikan
itu akan memberinya harta.
C. kerana
dia tidak boleh makan anak ikan itu.
D.
kerana anak ikan
itu bersaiz kecil.
3.
Apakah janji anak
ikan itu kepada Kelana?
A. untuk
membesar dengan cepat
B.
untuk
memperhambakan dirinya kepada Kelana
C. untuk
dating semula dan ditangkap oleh Kelana
D.
untuk membiarkan
anak-anak ikan lain dimakan oleh Kelana..
4.
Kelana berasa
sangat gembira pada hari itu kerana…
A. anak
ikan itu memberinya banyak ikan.
B.
dia memperoleh ikan
yang pelbagai jenis.
C. dia
menjadi gagah perkasa selepas makan ikan itu.
D.
dia sudah menjadi
kaya-raya.
5.
Rangkai kata bergadai nyawa dalam petikan bermaksud
….
A. melakukan
sesuatu perkara yang tidak berfaedah.
B.
meletakkan diri
sendiri dalam keadaan yang membawa maut.
C. membiarkan
dirinya dalam keadaan yang tidak dapat diselamatkan.
D.
menganggap dirinya
tidak bernyawa lagi.
0 comments:
Post a Comment