PEMAHAMAN 1
Baca petikan dibawah ini dengan teliti.
28 Jun 2012
4.00 petang
Aku tiba di tapak
pasar malam Taman Sri Rembau. Ketika itu, cuaca agak mendung. Aku segera
mendirikan payung dan memasang meja. Zarul, rakan kongsi perniagaanku pula
memasang kain rentang yang bertulis “Murtabak Warisan, Resepi Asli Menambat
Selera”.
Aku mula
menjalankan tugasku menebar murtabak ayam dan daging. Kuahnya pula ialah kari
ayam dan kuah bawang merah. Dengan harga RM2.00 sekeping, murtabak kami sering
menjadi pilihan pengunjung. Kadang-kadang, belum pun sempat murtabak kami siap,
sudah ada pelanggan yang beratur di hadapan gerai. Aku tidak pernah berat mulut
melayan para pelanggan.
5.00 petang
Hujan turun
mencurah-curah. Pengunjung pasar malam bertempiaran lari mencari tempat
berteduh. Keadaan di geraiku penuh sesak dengan orang ramai yang mencari
perlindungan. Walaupun perniagaanku agak terjejas, namun aku tidak menunjukkan sikap kurang manis terhadap mereka.
7.30 malam
Hujan telah reda.
Perniagaan kami rancak semula. Aku dan Zarul tidak menang tangan melayan
pelanggan. Lucu juga apabila melayan kerenah mereka yang pelbagai bangsa. Kira-kira
jam 10.00 malam, kami mengemas segala peralatan lalu menyimpannya ke dalam van.
Walaupun terasa penat tetapi kami puas hati.
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1 1. Penulis dan Zarul merupakan …….
A. Peniaga
pasar tani
B.
Peniaga pasar raya
C. Peniaga
pasar malam
D.
Peniaga pasar borong
2 2. Mengapakah
penulis dan Zarul tidak menang tangan?
A. Hujan
turun mencurah-curah
B.
Gerai mereka dikunjungi oleh banyak
orang
C. Pelanggan
mereka kebanyakkannya warga asing
D.
Banyak pengunjung yang berteduh di
gerai mereka
3.
Bagaimanakah sikap penulis terhadap
para pelanggannya?
A. berat
mulut
B.
bawa mulut
C. ringan
mulut
D.
perang mulut
4.
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A. Penulis
melayan pelanggannya dengan mesra.
B.
Pelanggan penulis terdiri daripada
pelbagai bangsa.
C. Murtabak
penulis mendapat sambutan yang baik daripada pelanggannya.
D.
Penulis berniaga murtabak di Taman
Sri Rembau setiap hari.
5.
Rangkai kata sikap kurang manis dalam
petikan bermaksud…
A. amalan
yang buruk
B.
tabiat yang tidak sihat
C. perlakuan
yang tidak baik
D.
percakapan yang kurang difahami
1 comments:
Lucky Club Casino Sites 2021 | Best Online Casino UK
Lucky Club casino sites ➤ Our trusted review 2021 ➤ Find luckyclub.live out where to play ☆ and get free spins today!💻 Software provider: Netent💵 Minimum deposit: C$10🏆 Most popular games: Slots, Roulette💵 Min Withdrawal: 20x🏆 Most popular games: Blackjack, Roulette
Post a Comment